Tuesday, September 15, 2009

biskut sultanah

BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
3.5 cawan buah prun direbus dengan sedikit air hingga lembut dan dilenyek
1 biji telor ambil putehnya sahaja untuk digaul kedalam adunan tepung dan yang
kuning disapu keatas adunan
1 cawan mentega
setengah sudu kechil baking powder

CARA MEMBUATNYA

*** Tepung, gula, telor puteh dan mentega digaul dan diuli sehingga sebati dan
dibahagi dua
*** Canai adunan nipis2 dan lapiskan kedalam acuan
*** Lapiskan dengan buah prun dan ratakan keatas adunan
*** Canaikan adunan selapis lagi dan lapiskan keatas buah prun
*** Potong adunan yang didalam acuan empat segi mengikut saiz biskut yang
dikehendaki
*** Buatkan design diatas biskut ini dengan mencucuk cucuk adunan dengan lidi atau
garpu dan setelah itu disapu dengan telor kuning sebelum dibakar.
*** Bakar menggunakan api 210 celcius sehingga masak.

NOTA RESEPI INI KEGEMARAN TOK MINAH TIAP HARI RAYA DISEDIAKAN
RESEPI KEGEMARAN KELUARGA

Sunday, September 13, 2009

Kueh makmur Fauziah

BAHAN
1      kilo tepung gandum
400 gm  minyak sapi
200 gm Kachang goreng ditumbuk untuk buat inti
1       biji telor ambil putihnya sahaja ,
***  sedikit susu manis digaul dengan kachang untuk inti
***  sedikit gula halus untuk ditabur keatas kueh yang telah dimasak.

CARA MEMBUATNYA

*** Uli tepung dengan minyak sapi dan puteh telor sampai lembut
*** Bulatbulatkan adunan dan dimasukan inti kacang yang telah digaul dengan susu pekat                    manis,
*** bakar sehingga masak setelah sejuk taburkan gula halus (mandikan dengan gula halus)

SELAMAT MENCUBA

NOTA: KUEH TRADISIONAL INI SANGAT  SENANG DIBUAT DAN ENAK DIMAKAN BAGUS UNTUK KANAK KANAK.
 


Friday, September 11, 2009

Kek Buah Kukus Wati

BAHAN
1 Kilo       kismis (sedikit   biji gajus, kurma, buah merawa manis, cerry merah dipotong) dan                          digaul  dengan sedikit tepung dan dijemur selama 2 jam. 
400 gm   tepung gandum campurkan sesudu kecil baking powder
350 gm   gula halus
5  biji       telor
1  buku    mentega "golden churn" 12 oz
1  biji       limau orange diambil kulitnya diparut

CARA MEMBUATNYA 

***   Pukul gula dengan mentega sehingga kembang,
***   Masukan telor sebiji sebiji,
***   Masukan tepung,
***   Masukan buabuahhan yang telah dijemur,
***   Masukan kulit limau yg diparut,
***   Gaulkan adunan rata,
***   Adunan ini  disimpan semalaman, 
***   Esok pagi sediakan acuan  digeris dgn mentega dan lapis kan dengan kertas kueh,                            masukan adunan kedalam acuan dan kukus selama 3 jam atau sehigga adunan bertukar                warna menjadi warna coklet.

NOTA: Bagi memastikan kueh ini sedap dimakan dan senang dipotong sediakan kueh ini sekurang2nya 7 hari sebelum raya. 
Resepi ini dari Wati

SELAMAT HARI RAYA.



Wednesday, September 9, 2009

Cendol Kegemaran Abah

CENDOL KEGEMARAN ABAH

 BAHAN
** 250 gm tepung beras
** 5 sudu meja (table spoon) tepung ubi
** 8 helai daun pandan diblend( kisar) dengan  1.6 liter air  dan ditapis.
** I  biji kelapa yang diambil santan nya
** gula merah, gula putih,dibuat air gula pekat
** kiub ais

CARA MEMBUATNYA

** Tepung beras dan tepung ubi dimasukan kedalam  air daun pandan  yang di blender tadi dan         diblender  lagi supaya sebati , kemudian tapis.
**  Masakan adunan ini diatas api yang perlahan dikacau selalu sehingga adunan ini masak                  dan pastikan adunan tidak terlalu pekat, kalau pekat tambah air sedikit.
** setelah masak masukan adunan kedalam acuan dan tekan kedalam besen yang diisi kiub ais

NOTA: Cara Makan
Masuk kan cendol dalam mangkok,  air gula, santan dan kiub ais ...kalau hendak kick lebih masukan sedikit nescafe barulah rasa semacam cendol direstaurant SANUR yameee.


Sunday, September 6, 2009

Health Recipe To Reduce Cholesterol


I would like to share with you a health recipe which can reduce a person's cholesterol level.
 
This recipe was given to me by a close friend who shared with me how a friend of his managed to avoid a bypass surgery after he ate the food every morning for 25 days! I recall my mother used to boil black fungus soup with rock sugar for the whole family every week when I was a girl. She never had any cholesterol or high blood pressure problem even at an old age. Even now I still boil the soup once in a while for my family.  

Here's the recipe:
 
Ingredients:
1) black fungus (80g)
2) old ginger (80g)
3) red dates (10)
As there are many types of black fungus, please refer to  picture below to see what kind of black fungus I am refering to. 
 
Method:
1) Soak the black fungus in water until it is soft and then wash it clean.
2) Cut the ginger (without removing the skin) into roughly 8 slices.
3) Remove the seeds from the red dates.
4) Put all the ingredients into a slow cooker.
5) Add 8 cups of water into the cooker
6) Cook the mixture for more than 6 hours using highheat.
 
It is best to prepare this in the evening and start cooking before you go to bed. If you start cooking at say 9 pm, the food should be ready for consumption by 6 am.
 
Kindly share this with your friends and loved ones.
 
May you and your loved ones be blessed with good health always!
 
 
Best wishes,
Yew Moi


ACAR TIMUN TANPA MINYAK

ACAR TIMUN TANPA MINYAK

 

TIMUN

CARROT

CABBAGE

CABI HIDUP – DIHIRIS NIPIS DAN MEMANJANG

BAWANG MERAH – DIBELAH 4 ATAU 8

BAWANG PUTIH -              sama

HALIA – DIHIRIS NIPIS

BLENDED CABI KERING SEDIKIT

TEPUNG KUNYIT SEDIKIT

CUKA, GULA, LENGGA, UDANG KERING DAN BEE PANG

 

TIMUN(DIBUANG HATINYA), CARROT DAN CABBAGE DIPOTONG KECIL  GAUL DGN HALIA, CABI HIRIS DAN BAWANG . LEPAS ITU DIRAMAS DENGAN SEDIKIT GARAM SEKEJAP UNTUK MENGELUARKAN AIR. TOSKAN DAN BUANG AIR NYA.

 

CUKA, GULA, BLENDED CABI DAN TEPONG KUNYIT DIMASAK SAMPAI MELEKAT (STICKY). LEPAS ITU SEJUKKAN. APABILA SUDAH SEJUK, GAUL DGN TIMUN/CABBAGE/CAROT TADI. BIARKAN SEKETIKA (1-2 HRS) SAMPAI AIR TIMUN KELUAR. LEPAS ITU TOSKAN AIR CUKA DAN MASAK LAGI SEHINGGA MELEKAT. SEJUKKAN DAN GAUL LAGI.  BUAT BEGINI 3-4 KALI.

 

LENGGA DIARU TANPA MINYAK. UDANG KERING DIRENDAM DGN AIR PANAS DAN DITUMBOK LUMAT. LEPAS ITU DIARU TANPA MINYAK . BEE PANG DITUMBUK. SEMUA INI DIGAUL DALAM ACAR TADI.

 

 

Nota: Recipe di beri kawan pergi umrah bertarikh 6 Sept 2009